PENGENALAN

Penubuhan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Itqon bermula dengan cetusan idea oleh pihak pengurusan Remco Engineering & Construction Sdn. Bhd.(Remco). Pihak pengurusan  mendapati apabila seseorang pekerja mahupun majikan yang mempunyai pendidikan dan spiritual yang sama tinggi dapat memimpin sesuatu organisasi projek dengan penuh amanah dan bertanggungjawab terutamanya di era moden ini.

Justeru itu bagi mencapai matlamat tersebut pihak pengurusan melihat bidang pendidikan merupakan tunjang utama untuk melahirkan generasi pewaris yang bukan hanya memiliki ilmu dunia yang tinggi, bahkan lengkap dengan pengisian akhirat yang mampan serta memiliki jati diri yang terbilang.

Hasrat ini terus diperkukuhkan dengan pembentukkan Akademik Darul Itqon (ADI) iaitu kerjasama antara para-para Ulamak, ltizam pihak pengurusan Remco, ahli-ahli ADI serta sokongan daripada masyarakat.

ADI amat komited dalam menjunjung dan mempertahankan fahaman Ahli Sunnah wal Jama’ah dengan mengambil peranan sebagai pendidik yang mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi. Pendidikannya berasaskan penyampaian intelektual serta tarbiah Islamiah dan diterapkan melalui Sekolah Menengah Tahfiz Al-Itqon di bawah naungannya agar mampu melahirkan insan rabbani.

ADI yakin dan berharap agar segala impian di sebalik penubuhannya akan dapat dicapai dengan izin dan tawfiq Allah subhanahu wa ta’ala.

HUBUNGI KAMI

AKADEMI DARUL ITQON

No.2481-A, Tingkat 2

Wisma Remco

Taman Samudera

32040 Seri Manjung

Perak Darul Ridzuan.

  • 013 3088162
  • akademidarulitqon@gmail.com
  • Al Itqon