F.A.Q

KELAZIMAN

Tidak, Sekolah Tahfiz Al-Itqon mencari pendapatan sendiri, namun semasa awal penubuhan ianya dibantu oleh syarikat tempatan diikuti perseorangan.

Ya, Sekolah Al-Itqon telah memperolehi kelulusan pendaftaran JAIPK bermula tarikh 30hb Ogos 2019.

Al-Itqon sangat komited dalam merealisasikan misi melahirkan pelajar yang berkualiti dalam aspek hafalan Al-Quran, Akademik, dan Diniyah. Oleh itu, dengan pengambilan pelajar yang terhad, guru-guru dapat memfokuskan pemantauan dan pengajaran yang lebih spesifik untuk para pelajar.

Al-Itqon sedang merancang untuk memperolehi Kompleks pembelajaran dengan fasiliti yang lengkap dalam masa terdekat. Lokasi kompleks itu akan   berada disekitar Manjung dan tidak berjauhan dengan bangunan sediada.

Setahun = 6 Juz (minimum) / 8 Juz (maksimum)

1 muka surat (minimum) / 2 muka surat (maksimum)

Tajwid diajarkan 10 minit sebelum tamat kelas tasmik pada setiap hari. Hal ini kerana, ilmu tajwid lebih sesuai dan efektif dipraktiskan semasa pembacaan Al-Quran.

Pada peringkat Menengah Atas, Al-Itqon memfokuskan pada ketiga-tiga Al-  Quran, Akademik, dan Diniyah.

(Sila rujuk video) :

http://www.alitqon.com/wp-content/uploads/konsep-pembelajaran-converted-with-Clipchamp.mp4

PT3 (Tingkatan 3), Pra-Stam (Tingakatan 4&5), SPM (Tingkatan 5), STAM  (Tingkatan 6)

SUKFAZ membawa makna sukan huffaz iaitu acara sukan yang dipetandingkan antara para pelajar.

Ya, ibu bapa dibenarkan melawat pelajar bermula jam 10.30 pagi setiap minggu (Sabtu & Ahad). Namun ibu bapa tidak dibenarkan membawa mereka keluar dari kawasan asrama kecuali pada Ahad minggu pertama setiap bulan (Sila rujuk Takwim) : JADUAL TAKWIM PELAJAR

Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada setiap Cuti Tahfiz (Sila rujuk Takwim) : JADUAL TAKWIM PELAJAR

Para pelajar akan melangsungkan sesi pembelajaran di Sekolah (Wisma REMCO). Sementara itu, asrama para pelajar terletak lebih kurang 5km dari tempat pembelajaran mereka. Penginapan lelaki & perempuan diasingkan.

Al-Itqon akan menyediakan pengangkutan yang selesa untuk para pelajar ke sekolah.

Para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang mengikut CGPA yang ditetapkan sekolah pada tahun pertama, maka pada tahun kedua pembelajaran adalah percuma.

Al-Itqon merangka strategi dengan mengukuhkan akademik para pelajar pada peringkat umur 13-15 (Tingkatan 1-3). Hal ini bertujuan untuk memfokuskan kualiti mereka dalam peperiksaan SPM di peringkat menengah atas (Tingkatan 4-5).